BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 7, 2009

Celoteh 1

Celoteh Uncle Sham I

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera pada warga RJ

Ali mempercepatkan langkahnya untuk mendapatkan AHMAD. Sudah sekian lama mereka tidak bertemu. Kali terakhir mereka bersua ialah ketika tingkatan 5 di KGV Seremban. Ahmad berpakaian compang campeng, mempunyai anting-anting di telinga dan lagak seperti Mat Gian.
Ali: Assalamualaikum Ahmad !!!
Ahmad: Waalaikumussalam.... eh ... siapa kamu ni .. macam mana engko kenal aku?
Ali: Aku Ali ... ingat tak masa kita di sekolah KGV dulu ....
Ahmad: OOOOO Ali ....la hai lame tak jumpa.... hai segak nampaknye engko hari ni. Ngko keja manager ke...
Ali: Tak lah .... ada bisnes sikit ... bukak kedai buku. Kamu ni apa kabo... Lain macam aje nampaknye ni....
Ahmad: Aku ni ...relek le Li.. aku sekarang ni menganggor ... dah lame cari keja.. kekal dua tiga minggu aje ....entahlah Li ...
Ali: Eh .. waktu Asr dah masuk .... mari kita sembahyang.
Ahmad: Engko pegi dulu Li .... seluar aku ni koto' .... lagi pun.... aku tak reti nak sembahyang ....
Ali: Eh kamu bergurau aje kot... takkan tak reti nak sembahyang
Ahmad: Betul Li... sejak ibu dan bapa aku meninggal .... aku tak pernah sembahyang. Aku rasa same aje ....sembahyang ke tak sembahyang ke ...hidup aku gini gak.
Ali: Astaghfirullah ... tak same Li.. orang yang sembahyang Li -- hidupnya lebih tenteram.
Ahmad: Macam aku ni mana nak tenteram ....keje pun takde...miskin pulak tu
Ali: Kamu dah dengar tak cerita kisah Cat Steven. Kini dah masuk Islam dan diberi nama Yusuf Islam. Masa dia hebat dalam dunia music ... duit juta juta.. dia kata hidupnya tak tenteram ...hatinya kosong. Kemewahan dan kesenangannya tidak membawa kebahgiaan pada dirinya....
Ahmad: Mengape lak
Ali: Sebab hidup kite ni kalau hidup cara yang tidak selari dengan fitrah - akan hidup tidak tenteram. Bayangkan kereta Mercedez -- guna enjin Kancil.. pasti sempot kan.... tak selari dengan fitrahnya. Begitu juga hidup kite ni ... kalau hidup tidak berpandukan panduan dari Allah, hidup akan penuh dengan ketidak tenteraman.
Ahmad: Aku tak faham .... aku tengok orang tu sembahyang... masih banyak masalah yang dia hadapi .. hari tu keretanya accident .... dulu pulak rumahnya terbakar - ... tak tenteram pun.
Ali: Tapi beza jugak cara orang yang ikut Islam itu menerima masalah. Bagi orang yang percaya pada Allah dan yakin Islam itu cara hidupnya - dia akan yakin bahawa Allah jadikannya di dunia ini untuk diuji. Jika dia kena kesusahan - ia adalah satu ujian dan dia yakin jika dia bersabar, Allah akan beri dia ganjaran yang besar di akhirat kelak. Jika dia dapat kesenangan - dia akan bersyukur kepada Allah dan Allah akan tambah rezekinya....
Ahmad: Oh gituuuuu .... abih ape jadi pada Yusuf Islam
Ali: Dia mencari-cari jawapannya ... dan akhir terjumpa apabila abangnya memberi dia Quran dan dia membacanya .... dia begitu terpegun dengan isi kandungan Al-Quran .... dan katanya- inilah yang dicari carinya dari dulu
Ahmad: Ali ..... boleh ke aku jadi orang Islam yang baik

Ali memeluk Ahmad sambil menitiskan air matanya - Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Allah suka kalau hambanya datang menemuiNya untuk kembali kepadaNya.
Kisah di atas ADA kena mengena yang hidup mahupun yang mati. Jika ia kena pada sesiapa, ia adalah DISENGAJAKAN. Kerana memang mesej Islam ini adalah ada kaitan dengan manusia. Moga ALlah merahmati kita semua

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham http://fkm.utm.my/~ahisham

Friday, May 8, 2009

Mendidik anak IV

Assalamualaikum wrt


Salah satu perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana buku motivasi mendidik anak-anak yang ditulis oleh orang Barat ialah aspek - pengaruh syaitan. Bagi mereka membicarakan mengenai syaitan itu tidak saintifik.


Tapi bagi kita orang Islam - kewujudan syaitan adalah suatu hakikat yang mesti kita terima. Kita kena ingat - syaitan itu ada dalam setiap diri kita - dia kenal kita luar dan dalam. Kekadang apabila syaitan menguasai kita- kita tidak akan dapat control kemarahan kita dan akhirnya si anak akan jadi mangsa.

Pengalaman saya - bila saya jaga ngaji saya - jaga sembahyang tahajjud saya -jaga zikir harian saya - saya dapati pada hari tersebut - saya mudah "cool" [sejarahnya saya ini seorang yang panas baran orangnya] Walaupun si anak bising dan sedang tension - saya dapat kawal emosi saya. Kita kena ingat walau sehebat manapun ilmu saikologi kita - bila syaitan sudah mempengaruhi diri kita - kita akan mudah tumpas dan tewas..... tatkala amal fardhi kita tinggi - pengaruh syaitan akan berkurangan dan kita akan dapat menggunakan ilmu dan kemahiran "to its optimum". Maka tatkala itu - kita kena panjatkan kesyukuran setinggi-tingginya pada Allah dan bukan berbangga dengan kemahiran yang ada pada diri kita kerana hanya dengan pertolongan Allah swt kita dapat kawal pengaruh si syaitan itu. Maka formula yang paling ampuh untuk mengatasi kerenah anak yang pelbagai ialah menjaga hubungan kita dengan Allah swt. Lagi kukuh hubungan kita, maka lagi mudahlah kita untuk mengatasi setiap kerenah si anak. Dalam hadis-40 An-Nawawi ada menyebut satu hadis yang antara lain maksudnya: "Peliharalah (hukum-hukum) Allah, maka Allah akan pelihara kita..."

Namun iman ini turun dan naik ... tatkala turun itulah maka mudah si anak menjadi mangsa. Peranan kita ialah untuk memastikan apabila ia turun - tidak pada tahap yang terlalu rendah. Kalau turunnya iman sehingga meninggalkan yang wajib - ini adalah dalam tahap yang amat merbahaya .... kesian si kecil akan menjadi mangsa kita nanti.


Wallahu'alam.


Dr Hishamuddin Alham

Thursday, May 7, 2009

Mendidik anak III

Assalamualaikum wrt.

Ingin kiranya nak sambung sikit berkenaan dengan interaksi dengan si kecil. Apa pula pulangan kepada si kecil apabila kita meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka.

Bagi si kecil, ia akan merasai dihargai. Perasaan dihargai sebenarnya adalah satu perasaan semula jadi dalam setiap diri yang bernama insan. Cuma bagi budak kecil perasaan ini kekadang terlalu ketara. Si kecil yang merasai dirinya tidak dihargai biasanya akan bertindak liar dan "out of control". Lebih-lebih lagi jika dirinya ini sentiasa diherdik atau dimarahi. Pada asalnya perasaan inginkan tumpuan dari si dewasa inilah yang menyebabkannya bertindak.

Saya ada seorang rakan. Dia menceritakan kisah salah seorang anaknya yang bertindak liar dan bengis apabila mengamok. Beliau sudah masuk sekolah menengah. Apabila mengamuk, samada dengan guru atau rakannya, sanggup memecahkan cermin kelas. Sehingga gurunya terpaksa menghantarnya balik untuk berehat seketika.

Saya mendapat tahu kemudiannya, beliau selalu dimarahi dan ditengking oleh si ibu. Antara sebab beliau nak bersekolah jauh ialah untuk menjauhkan diri dari si ibu ini. Lihatlah tuan-tuan dan puan puan. Kekadang kita rasa hairan, mengapalah anak kita ini berperangai sedemikian rupa. Kita lupa kekadang, kitalah yang bertanggung jawab membentuk akhlak dan peribadinya tanpa kita sedari. Kita mudah menuding jari pada orang lain : "Ini mesti dapat dari kawan-kawannya.

Kita jarang memberi penghargaan kepada kebaikan yang dilakukan - tetapi pantas mengeluarkan kata-kata kesat apabila si kecil ini membuat tindakan yang kita anggap "jahat" atau "nakal". Saya tujukan juga nasihat ini pada diri saya sendiri kerana semasa saya membesarkan anak yang sulung, saya sungguh garang dan bengis. Alhamdulillah - saya sedar sekarang ini, itu bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik si kecil. Kita boleh marah anak-anak kita. Tetapi pastikan dia tahu mengapa kita marah tadi. Kita marah dengan penuh sedar bukan marah membuta tuli. Kemudian apabila keadaan telah reda, panggil si kecil itu tadi dan tanya dia mengapa kita marah padanya tadi. Pastikan anak kita tahu, kita adalah ibu bapa yang penyayang - most of the time. Dan marah (sekali sekala) itu adalah untuk membaikkannya bukan kerana si anak kecil ini "jahat" atau "nakal". Pastikan si kecil tahu, kita boleh bergurau senda dengannya... tetapi ada ketikanya, si ibu atau si ayah ini boleh marah ..... demi untuk kebaikan mereka.

Moga coretan yang ringkas ini ada manafaatnya buat kita semua.

Wassalam.

Mendidik Anak II

Assalamualaikum wrt


Biasa tak kita lihat orang yang agak kurang senang bila berinteraksi dengan budak-budak kecil .... walaupun dengan anak sendiri.... lebih-lebih lagi dengan anak orang lain. Sebenarnya, banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dari berinteraksi dengan kanak-kanak kecil ni. Satunya, ia mengajar kita agar bersifat rendah diri dan tawadhu'. Kita hormat mereka kerana mereka belum banyak berbuat dosa berbanding dengan kita. Dan kita hormat si tua kerana mereka lebih banyak buat baik dari kita.


Keduanya, ia mengajar kita agar berbicara dengan orang sesuai dengan kecerdasan sesaorang. Kemahiran ini perlu di latih. Taklah nanti kita hanya bergaul dengan sejenis manusia sahaja ... tak flexible dalam pergaulan.

Ketiganya, kita akan belajar fokus kepada minat orang yang kita berkomunikasi. Kerana jika kita biasa bersembang dengan budak kecil, fokus kita hendaklah tertumpu pada minat beliau. Juga bila kita berinteraksi dengan sesiapapun. Bayangkan jika kita bersembang dengan orang - orang itu cerita kesah anaknya ke Universiti... kita pun tak mahu ngaku kalah... "anak saya pun gi universiti jugak" Orang komplen kucingnya selalu sakit ... nak minta pandangan kita pada asalnya tapi kita kata: "kucing aku sakit jugakkkk.. tapi dia baik sendiri...

Keempatnya - kita akan belajar bersikap ikhlas dalam body language kita. Kita belajar untuk senyum ikhlas - datang dari hati bukan senyum buat-buat. Lihat si comel bila senyum ...memang dari hati yang bersih. Ini akan merangsang kita untuk turut senyum dari hati yang bersih....


Nabi pernah tegur seorang badwi yang kehairanan melihat Rasulullah mencium cucunya. "Aku ada ramai anak dan cucu, aku tak pernah ciumpun mereka" Nabi kata orang yang tidak menyayangi mereka di bumi tidak akan disayangi oleh Allah.


Sekian wassalam


Dr Hishamuddin Alham

Mendidik Anak - I

Assalamualaikum wrt

Saya bukanlah pakar dalam hal ini. Saya juga bukan tidak ada masalah dalam mendidik anak ini. Cuma saya nak kongsi pengalaman dalam membela 9 orang anak saya. Ada pengalaman yang manis ada yang pahit. Dengan cara demikian, mungkin dapat menjana perbincangan di kalangan netters agar pengalaman yang lain dapat dimanafaatkan oleh kita semua. Mahu tidak mahu kita kena akui, ramai di antara kita membela anak ikut "intuition" Kita tidak pernah ikuti kursus bagaimana nak didik anak - kalau ada pun mungkin segelintir dari kita. Kita banyak buat kesilapan dalam mendidik anak, termasuk diri saya sendiri - tetapi saya banyak belajar melalui kesilapan. Namun demikian kita boleh short-cut kesilapan ini dengan berkongsi pengalaman sesama kita. Dalam 10 cara penyelesaian, mungin satu adalah sesuai untuk anak kita - Yang 9 lagi tu mungkin sesuai untuk situasi yang lain atau untuk orang yang lain. Maka lagi banyak kita menjana penyelesaian - lagi banyak peluang kita dapat menyelesaikan persoalan yang sedang kita hadapi.


Anak-anak kita biasa bergaduh. Kalau dulu, bila si kecil menangis disebabkan si abang, saya akan terus memukul si abang. Kesannya - dua-dua akan menangis. Tapi saya lihat kesannya amat negatif. Yang besar akan sentiasa terasa dianiayai . Kekadang yang nakalnya ialah si kecil. Maka kita telah berlaku tidak adil apabila menghukum si abang tadi.


Sekarang ini saya dapat satu jalan penyelesaian (hasil perkongsian ilmu dengan rakan-rakan). Tapi jalan penyelesaiannya perlukan sedikit kesabaran dalam diri kita. Dengan nada penuh kasih sayang kita tanya kedua-duanya apa yang berlaku. Kita minta si abang tadi dengan cara yang baik untuk bersalaman dan meminta maaf kepada si adik - jika terbukti abang yang punya angkara. Atau kalau si adik itu yang punya angkara, kita suruh si adik pula untuk bersalaman. Kalau tak pasti - kita minta dua-dua sama-sama bersalaman. Dalam banyak ketika ia dapat menyelesaikan kelahi itu tadi. Kita tak pening kepala dan suasana kembali tenang. Akhirnya kita melatih mereka mudah meminta maaf di atas apa jua kesilapan yang dilakukannya. Mereka akan di ajar cara berlapang dada dengan kesalahan orang lain.. cubalah formula ini, Insya Allah ia berkesan.

Bersambung..


Wassalam


Dr Hishamuddin Alham